Selamat Datang ke SungaiJuru.com

Gerbang pemuliharaan dan pusat sumber Juru River, Pulau Pinang, Malaysia.

Lihat Peta Pulau Pinang    Peta Lokasi Sungai Juru    Pemandangan Sungai Juru dari udara

Kajian qualiti air di Empangan Sungai Juru pada 2hb Feb 2008

Lokasi di Empangan Sungai Juru dekat dengan Titi Gantung
Tarikh 2/2/2008
Masa : 10.15 pagi
Keadaan Cuaca : Baik , tiada hujan pada 24 jam yang lepas
Ahli Kumpulan : 4 orang- pelajar UITM Shah Alam dalam bidang khusus Senibina Lanskap ( Raja Nur Hanim Raja Kamarulzaman, Siti Sarah Abd Rashid, Fadiah Abd Latiff, Nur Azlin Asliza Sulaiman))
Tujuan : Membuat kajian penyelidikan
Ujian kualiti air ini diadakan oleh Friends of Sungai Juru bersama 4 pelajar UITM dan berikut adalah keputusan ujian kualiti air :-
Warna air : keroh dan tidak jernih, berbau , terdapat banyak siput di tebing sungai ( seperti dalam gambar),
Keadaan sekeliling : tempat rekreasi, tapak pembinaan , perumahan
Ujian kimia : PH – 7, Dissolved oxygen (DO) – 8 ppm,
Turbidity – 40 JTU
Phosphate – 2 ppm
Nitrate – 5 ppm
Suhu air – 28 C

4 pelajar dari UITM Shah Alam



mengambil sampel air untuk memulakan ujian



memjalankan analisa ujian air dengan menggunakan water monitoring kit ..



Terdapat bilangan siput yang banyak dalam sungai juru..


Posted on 27 Mar 2008 by admin

Pelancaran rumah pump di Parit Lima

Program pelancaran rumah pump di Parit Lima telah diadakan pada 19.12.2007 oleh ADUN Bukit Tengah YB Puan Ng Siew Lai.

Kos Pembinaan rumah pump baru ini adalah RM660,000. 2 rumah pump ini berupaya untuk mengeluarkan air hujan sebanyak 800 littles seminit. Dengan adanya rumah pump baru ini, adalah berharap banjir di kawasan tersebut terutamanya Taman Sentul , Taman Sentul Jaya and Taman Mangga /Taman Pinang dapat dikawal atau dikurangkan.

Rakan Sungai Juru akan membuat pemantauan ke atas rumah pump ini setahun dari tahun pelancaran ini untuk meninjau dan melaporkan keberkesanan sistem pump ini .

Gambar program pelancaran rumah pump Parit Lima

Peta lokasi Parit Lima dekat dengan leburaya Utara Selatan di kawasan juru.



Pandangan rumah pump sewaktu pelancaran pada 19.12.2007



Peserta dan tetamu yang menghadiri majlis pelancaran rumah pump..



Pelancaran disempurnakan oleh ADUN Bukit Tengah YB Ng Siew Lai ..



YDP MPSP Encik Farizan Darus bersama YB Ng dan pegawai JPS melawat periksa rumah pump ..



Pandangan dekat rumah pump



Pandangan parit lima



Rakan Sungai Juru Tan Chai Liang bersama dengan YDP MPSP Encik Farizan and YB Ng selepas majlis pelancaran.


Posted on 27 Jan 2008 by admin

Program Kesedaran Alam Sekitar di Empangan Sungai Juru (Baru)

Program kesedaran alam sekitar peringkat Kadun Bukit Tengah telah dilangsungkan di Empangan Sungai Juru pada 4hb Nov 2007. Program ini dianjurkan oleh LA21 Pasukan Cara Hidup Sihat, Keselamatan dan Alam Sekitar Bukit Tengah telah mendapat penyertaan lebih kurang 600 peserta termasuk 160 pelajar dari MRSM Transkrian Nibong Tebal dan telah dilancarkan oleh ADUN Bukit Tengah YB Ng Siew Lai.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada pagi ahad tersebut antaranya, pertandingan memancing ikan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pocho-pocho, persembahan boria, demonstrasi ujian kualiti air sungai dan demonstrasi EM dan pameran daripada 9 agensi kerajaan dan NGO.

Berikut adalah gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan ....

Pertandingan memanding ikan .



Taklimat demonstrasi ujian kualiti air sungai kepada pelajar MRSM oleh Encik Tan Chai Liang, Rakan Sungai Juru/Pengerusi KRT Tmn Bkt Minyak.



Bio-indicators slide show



Pelajar sedang menjalani latihan untuk mengesan jenis kehidupan akuatik terdapat dalam Sungai Juru...







Gambar berkumpulan pelajar MRSM dan mesej mereka -"Save our river for the next generation".



Pameran dari 9 agensi kerajaan/NGO/Rukun Tetangga Taman Bukit Minyak





Pertandingan kuiz.....



Taklimat dan demonstrasi EM oleh Ahli Majlis MPSP, Puan Cecelia Wong -Cecair EM bagi boleh membantu mengurangkan pencemaran melalui kitar semula sisa-sisa dapur...



YB Ng Siew Lai melepaskan cecair EM ke dalam Sungai Juru ...



Pelancaran program oleh YB Ng Siew Lai ADUN Bukit Tengah



Wakil Rakyat ADUN Bukit Tengah bersama Encik Abu Bakar Bin Othman, Timbalan Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang dan pegawai pejabat daerah, MPSP dan agensi kerajaan dan ahli jawatankuasa dan para hadiran yang hadir dalam program tersebut...


Posted on 06 Nov 2007 by admin

Program Kesedaran Alam Sekitar di Empangan Sungai Juru pada 4hb Nov 2007 (Baru)

LA 21 Pasukan Kerja Cara Hidup Sihat, Keselamatan dan Alam Sekitar Bukit Tengah akan mengadakan satu Program Kesedaran Alam Sekitar di Empangan Sungai Juru pada 4hb November 2007, Hari Ahad jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari. Program ini bertema “Pemulihan Alam Sekitar Tangungjawab Bersama” dan akan dirasmikan oleh ADUN Bukit Tengah, YB Puan Ng Siew Lai. Jawatankuasa program menjangkakan seramai 500 peserta/penduduk di sekitar Bukit Tengah termasuk 150 orang pelajar sekolah menengah akan menyertai program ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah ;-

Pertandingan memancing ikan,
Pertandingan mewarna kanak-kanak,
Demonstrasi uji kualiti air sungai dan EMO “Effective Micro organism”,
Pameran,
Pertandingan Kuiz
Senaman pocho-pocho
Cabutan Bertuah etc

Jawatankuasa penganjur yang dipengerusikan oleh Encik Man Bin Jab dan diwakili oleh 7 jabatan kerajaan yang berkaitan, ingin mengalu-alukan penyertaan dan kehadiran semua penduduk di sekitar Bukit Tengah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia LA 21 Tel 012-4779330 / 012-4285453

Posted on 09 Oct 2007 by admin

Laporan Teknikal berhubung dengan kualiti air sungai di lembangan Sungai Juru.

Laporan Teknikal Kajian Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Tenghah 2006-2020 (Draf 4) berhubung dengan kualiti air sungai di lembangan Sungai Juru.

Mengikut laporan teknikal tersebut, kajian telah dijalankan dalam tahun 2006 ke atas kualiti air sungai di beberapa sungai dalam Seberang Perai. 3 lokasi sungai dalam lembangan Sungai Juru telah dikenalpasti dan dijalankan ujian kualiti air sungai seperti dalam pelan lokasi berikut :-



Click " reading more" untuk info lanjut.....

Posted on 20 Sep 2007 by admin

Pelajar UMT mengadakan Lawatan Teknikal ke Sungai Juru

Satu rombongan pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan lawatan teknikal ke Sungai Juru pada 13hb September 2007. Rombongan seramai 65 pelajar ini telah menghubungi Rakan Sungai Juru 2 bulan yang lepas dan menyatakan hasrat mereka melawat Sungai Juru setelah mengetahui Sungai Juru dan aktiviti Rakan Sungai Juru melalui portal sungaijuru.com. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pentingnya memelihara alam sekitar supaya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang pengurusan alam sekitar.

Ketibaaan para pelajar di Empangan Sungai Juru disambut oleh Rakan Sungai Juru dan Pengerusi KRT Taman Bukit Minyak Encik Tan Chai Liang yang juga telah memberi taklimat kepada para pelajar tentang pencemaran Sungai Juru dan aktiviti yang telah dijalankan.Wakil JPS juga dijemput untuk memberi taklimat kepada para pelajar UMT. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Puan Cecelia Wong, Ahli Majlis MPSP, Encik Chew Eng Seng, pegawai MPSP, 2 wakil JPS Pulau Pinang dan ahli-ahli jawatankuasa KRT Taman Bukit Minyak.

Berikut adalah gambar program lawatan pelajar UMT ke Sungai Juru...






Posted on 16 Sep 2007 by admin

Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang dan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Alam Sekitar 2007 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang

Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang telahpun dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada 24hb Ogos 2007 di Queensbay Mall,Bayan Baru.

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia tahun 2007 bertema “Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjwap Bersama” ini diadakan untuk tujuan bagi meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia melalui pelbagai aktiviti kesedaran bagi menggalakkan masyarakat untuk lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan melindungi dan memulihara alam sekitar.

Sejurus sahaja pelancaran selesai, Ketua Menteri dijemput untuk memberi hadiah kepada pemenang beberapa pertandingan termasuklah pemenang Kuiz Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang 2007.

Berikut adalah gambar program sambutan alam sekitar Malaysia…..



3 pemenang kuiz bersama dengan YB Ng Siew Lai ADUN Bukit Tengah merangkap Pengerusi LA 21 Bukit Tengah dan Encik Tan Chai Liang, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Bukit Minyak.

Posted on 28 Aug 2007 by admin

Keputusan Pertandingan Kuiz Alam Sekitar 2007

Setelah meneliti semua hantaran (entries) kuiz secara online melalui www.sungaijuru.com/quiz yang diterima, jawatakankuasa pertandingan kuiz alam sekitar Negeri Pulau Pinang 2007 telah membuat keputusan dan berikut adalah senarai nama 13 pemenang Pertandingan Kuiz Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang 2007.

TEMPAT NAMA
Pertama : Cik Liaw Li Sim
Kedua : Encik Sahbudin Bin Ali
Ketiga : Encik Paramasivam Manikam

HADIAH KHAS

1 : Cik Hasmah Sulaiman
2 : Encik Noel A/L Kuppan
3 : Encik Mohamad Zamri B Mohamad Fazil
4 : Cik Siti Normiyah Binti Hussin
5 : Encik Kung Chin Guan
6 : Cik Khor Hui Gim
7 : Cik Khor Hooi Peng
8 : Haji Mohd Azhar Bin Haji Yahaya
9 : Encik Mohd Sufi Khor Bin Abdullah
10 : Cik Tan Pei Li

Kesemua pemenang kuiz dijemput hadir ke satu majlis penyampaian hadiah dan sijil sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Masa/Tarikh/Tempat seperti berikut:-

Tarikh 24hb Ogos 2007 (Hari Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Ruang Legar ( Ground Floor), Queensbay Mall, Bayan Baru, Pulau Pinang

Pakaian : Kemas/Pejabat/ Sopan / Bersesuaian

Kepada peserta lain yang tidak berjaya, jawatankuasa pertandingan kuiz juga ingin mengucapkan terima kasih dan semoga anda juga akan berjaya pada pertandingan kuiz yang akan datang. Anda juga dijemput datang beramai-ramai ke program sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Tan Chai Liang 012- 4285453.

Dari
Jawatankuasa Pertandingan Kuiz Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang 2007.
www.sungaijuru.com

Berikut adalah analisa keputusan pertandingan kuiz alam sekitar Negeri Pulau Pinang 2007 berdasarkan penyertaan yang diterima di mana peserta dikehendaki menjawap 15 soalan kuiz secara online ww.sungaijuru.com/quiz

NoMarkah (Score)Jumlah (Percentage)
1100(15/15)0.00
293(14/15)1.00
386(13/15)4.50
480(12/15)2.70
573(11/15)13.60
667(10/15)11.00
760(9/15)21.00
853(8/15)9.00
947(7/15)11.80
1040(6/15)16.30
1133(5/15)4.50
1227(4/15)5.00
1320(3/15)2.70
1413(2/15)0.00
157(1/15)1.00

Posted on 18 Aug 2007 by admin

JPS melancarkan Program Audit Sungai

JPS Malaysia telah mengadakan satu khusus latihan 3 hari di bawah program Satu Negeri Satu Sungai. Komponen Penglibatan Komuniti Setempat – River Ranger – Training of Trainers(Zon Utara). Program latihan River Ranger ini dikendalikan oleh Dr K. Kalithasan bersama dengan pegawainya dari Global Environment Center (GEC). Lebih daripada 60 peserta termasuk pegawai JPS, guru sekolah dan wakil NGOs daripada Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menyertai khusus latihan ini yang telah dilangsungkan di Pearl View Hotel Perai selama 3 hari dari 3hb Julai hingga 5hb Julai 2007.

Peserta sedang mengikuti program audit sungai ..



Peserta berkumpul di tebing Sungai Rambai (tapak kedua) berhampiran SM Jit Sin, Bukit Mertajam untuk menjalankan kajian audit sungai.



Keterangan langjut. sila click "Read more" ............

Posted on 11 Jul 2007 by admin

Bengkel "Green Productivity"

Satu Bengkel Green Productivity(GP) telahpun dianjurkan oleh Pasukan Kerja LA 21 Kawasan Perusahaan Perai di Dewan Auditorium MPSP pada 17 Mei 2007.....

Posted on 23 Jun 2007 by admin

<< Previous 1 2 Next >>

Melawat penaja-penaja kami.
Gerbang komuniti ini ditaja oleh


"Portal Hartanah - Jual / Beli / Sewa Rumah"

"Rakan kongsi perniagaan internet anda yang mesra"
Disokong oleh / Dapat pengesahan dari


Rukun Tetangga Taman Bukit Minyak – Komuniti tepi sungai

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang