Curb water pollution at source Pelancaran rawatan kualiti air sungai dengan EM Mud Balls
Jan 30

Sekumpulan pelajar USM yang mengikuti khusus ilmu kemanusiaan tahun ke 3 telah mengadakan lawatan dan kajian ke Empangan Sungai Juru pada petang 23hb Jan 2009. Sempena lawatan tersebut, saya telah mencatitkan keadaan fizikal terbaru sekeliling Empangan Sungai Juru seperti berikut :-

a) Didapati tebing Sungai Juru di kawasan Rekreasi Sungai Juru kini dalam keadaan yang lebih kemas dan bersih dari sampah sarap.

b) Permukaan air sungai juga didapati ADA KEMAJUAN dan kerja pembersihan sampah permukaan di bahagian perangkap LOCK BOOM  telah dilakukan dengan lebih kerap lagi. Bau Busuk air sungai telah juga banyak berkurangan.

c) Pembinaan bangunan pejabat untuk JPS Daerah Seberang Perai masih diteruskan dan hampir siap.

Friends of Sungai Juru mengucapkan syabas kepada usaha dan tindakan yang telah dan sedang di ambil oleh JPS Pulau Pinang dan pihak kontraktor yang terlibat agar usaha ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi BAGI MENJADIKAN KAWASAN EMPANGAN SUNGAI JURU SEBAGAI SATU TEMPAT REKREASI DAN TEMPAT MEMANCING IKAN PADA HUJUNG MINGGU.

Sungai Juru Dam is in better shape and cleaner now compared to its polluted conditions 1-2 years ago.

lawatan pelajar USM ke Sungai juru

Lawatan pelajar USM ke Sungai juru, Dari kini - Nor Ain Bt Hussein, Noor Aishah Bt Abu Bakar, Rohana Bt Hussin dan Fatimah Bt Hussain

Pandangan Empangan Sungai juru dari titi gantung

Pandangan Empangan Sungai juru dari titi gantung, Rumah di bahagian belakang adalah Taman Titi Panjang

Pandangan Sungai Juru. Perangkap sampah nampak kemas dan tiada banyak sampah

Pandangan Sungai Juru. Perangkap sampah nampak kemas dan tiada banyak sampah

Pembinaan pejabat JPS Daerah Seberang Perai hampir siap

Pembinaan pejabat JPS Daerah Seberang Perai hampir siap

Satu lagi gambir bangunan pejabat JPS Dearah Seberang Perai Tengah

Satu lagi gambir bangunan pejabat JPS Dearah Seberang Perai Tengah

written by tan \\ tags:


Leave a Reply