Any solutions for stop using polystrene? ENVIRONMENT: A disaster we can help prevent
Apr 19

Program ini merupakan satu program kitar semula dianjurkan oleh MPSP LA 21, JKKK Perkampungan Juru dan Persatuan Penduduk Taman Duku pada 11hb April 2009. Sambutan amatlah digalakkan dan dianggarkan lebih 100 penduduk sekitar telah hadiri program untuk belajar membuat sabun dengan minyak masak terpakai. Program ini telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan YB Prof. Dr P. Ramasamy dan turut hadir bersama adalah ADUN Bukit Tengah YB Ong Chen Wen dan beberapa Ahli Majlis MPSP.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sabun :-

Minyak masak terpakai. – 1 litter

Air - 400 ml

Caustic soda - 120 gm

Campuran ini boleh dimasukkan ke dalam acuan dan perlu disimpang selama 3 hingga 4 minggu setelah menjadi beku dan boleh digunakan sebagai sabun.

Program sebegini seharusnya digalakkan dan disokong oleh masyarakat khasnya pengusaha restaurant dan kedai makan yang sememangnya banyak menggunakan minyak masak dalam penyediaan makanan.

Sisa-sisa minyak TIDAK seharusnya dituangkan ke dalam longkang atau parit yang akhirnya dialir masuk ke dalam sungai dan mencemari air sungai .

Program membuat sabun dilancarkan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan YB Prof. Dr P. Ramasamy

Sessi penerangan membuat sabun

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sabun

Sabun dibuat daripada minyak masak terpakai.

Update : More info on how to make eco-friendly soap using used cooking oil at The Star online on 27/4/2009 - Click here.

written by tan \\ tags: ,


2 Responses to “Program pelancaran membuat sabun dengan minyak masak terpakai”

  1. 1. omar bin semaat Says:

    adakah program ini boleh dikomersialkan?1 liter minyak masak berapakah keuntungannya?sila balas dengan maklumat secara detail.terima kasih.

  2. 2. mohd dahalan bin sulaiman Says:

    dimana bolih beli caustic soda powder

Leave a Reply