Nov 13

Satu Program Kesedaran Alam Sekitar – “Program cintai Sungai Juru” telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Permai Indah, Taman Bukit Minyak pada 10hb November 2010. Program ini diaturkan oleh Cikgu Nor Nawawi dari Sekolah Kebangsaan Permai Indah dan dianjurkan oleh KRT Taman Bukit Minyak dan Friends of Sungai Juru. Encik Chew Eng Seng, pegawai MPSP yang memberikan kerjasama untuk membekalkan 250 “EM Mud Balls” juga menghadiri program tersebut. Pengerusi KRT Taman Bukit Minyak, Encik Tan Chai Liang dan wakil pegawai dari Jabatan Pengairan & Saliran(JPS) Daerah Seberang Perai Tengah, Encik Izak telah memberikan sedikit penerangan dan taklimat berhubung dengan penyediaan “EM Mud Balls” dan demonstrasi untuk menguji kualiti air sungai dengan menggunakan “Water Monitoring Kit” kepada pelajar darjah 6 SK Permai Indah.

Selepas sesi penerangan,kumpulan pelajar tersebut pergi ke lapangan di hapadan Sekolah dan membaling EM Mud balls yang disediakan oleh MPSP ke dalam parit ( B/Pit Tok Kangar). Satu demonstrasi menguji kualiti air juga dijalankan serta mengajar pelajar untuk mengisi KAD LAPURAN Sungai dari aspek fizikal sungai di kawasan tersebut.

Aktiviti Gambar :-


SK Permai Indah di Taman Bukit Minyak


Pelajar SK Permai Indah mengikuti program..


Ucapan aluan oleh Cikgu Nor Nawawi, SK Permai Indah


Pelajar membaling “EM Mud Balls” ke dalam parit


Demonstrasi menguji kualiti air sungai

Penolong pegawai JPS sedang memberi penerangan kepada pelajar yang berkumpul di lapangan di B/Pit Tok Kangar di hadapan SK Permai Indah

written by tan


Leave a Reply