Memorandum
KEPADA : 1)YB Tuan Chow Kon Yeow,
Ahli EXCO Kerajaan Tempatan,Pengurusan Lalulintas dan Alam
Sekitar, Negeri Pulau Pinang
2) YB Tuan Law Choo Kiang
Ahli EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Kerajaan Luar Bandar
dan Tebatan Banjir Negeri
DARIPADA : Friends of Sungai Juru/Rukun Tetangga Tmn Bkt Minyak
www.sungaijuru.com
TARIKH :7hb Ogos 2008
PERKARA : PEMULIHAN SUNGAI JURU
LATARBELAKANG
1.Sungai Juru adalah merupakan satu sungai yang paling tercemar dan kotor di Negeri Pulau Pinang .
2.Lembangan Sungai Juru mempunyai keluasan 54.6 km perseqi di Daerah Seberang Perai Tengah dan merangkumi 3 kawasan Parlimen iaitu Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Batu Kawan .
3. Kualiti air sungai Juru adalah di antara kelas 3 hingga 4, mencerminkan kualiti air Sungai Juru adalah dalam keadaan tercemar.
4. Nelayan di Kuala Sungai Juru dilaporkan mengalami kekurangan tangkapan ikan dan kerang. Pencemaran air sungai telah memberi kesan negatif terhadap ternakan akuakultur di muara Sungai Juru.
5.Selain daripada masalah pencemaran , penduduk di beberapa taman perumahan di sepanjang Sungai Juru dan bahagian upstream iaitu Sungai Rambai juga mengalami masalah banjir. Di kawasan Bukit Minyak, penduduk merasa kurang selesa dengan alam sekitar yang kotor dan bau busuk berpunca dari air sungai yang tercemar manakala di skim perumahan di kawasan juru seperti Taman Mangga/Taman Pinang dan Taman Sentul, masalah banjir masih merupakan masalah yang perlu diatasi.
MASALAH-MASALAH
1) masalah penempatan setinggan - di atas sepanjang tanah rizab Sungai Juru dan pembinaan rumah-rumah papan secara haram ini tidak mempunyai sistem pembetungan upamanya di Kawasan Tok Keramat. Didapati kebanyakan penghuni /pekerja asing menduduki rumah setinggan tersebut disebabkan ianya berdekatan dengan kawasan perkilangan Perai.
2) Masalah “sedimentation /silting’- Pembangunan yang pesat dan pembukaan kawasan baru serta kegiatan menambun tanah untuk projek perumahan besar di bahagian upstream seperti projek Bandar Perda dan di kawasan Bukit Mertajam telah mengakibatkan air berlumpuh (mudflow) mengalir masuk ke dalam parit dan sungai dan seterusnya menyebabkan Sungai Juru menjadi cetek dan mengakibatkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat.
3) Masalah penerokaan tanpa izin (encroachment ) kawasan pertumbuhan pokok bakau (mangrove) dan wetlands di sepanjang Sungai Juru di mana pokok dan tumbuhan bakau di terbang dan semakin berkurangan. Pemeliharaan Kawasan pertumbuhan pokok bakau dan wetlands untuk jangka panjang boleh berfungsi sebagai benteng semula jadi terhadap masalah mendap.
4) Masalah pembuangan affluent dan sisa pepejal oleh pengusaha kilang terutamanya kilang sederhana dan kecil, pusat makanan, bengkel di kawasan lembangan Sungai Juru dan pelepasan air kumbahan dari skim perumahan yang sedia ada.
5) Masalah kos rawatan pemulihan yang tinggi. Mengikut satu lapuran, kos pemulihan untuk 17 buah sungai tercemar di dalam Negara ini memerlukan kewangan sebanyak RM2 billion atau lebih kurang RM117 juta untuk sebuah sungai tercemar. Peruntukan yang tidak mencukupi atau tidak mengikut keperluan tidak akan menyelesaikan masalah pencemaran sungai. Peruntukan kewangan untuk pemulihan Sungai Juru di bawah RM ke 9 adalah RM18 juta dan masih belum dilaksanakan.
CADANGAN DAN SARANAN
1.Mewujudkan satu stesyen pemantauan kualiti air bagi Sungai Juru untuk mendapatkan data dan indek pencemaran air Sungai Juru untuk tujuan pemantauan dan perancangan pengawalan.
2.Melaksanakan dasar-dasar dan garispanduan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2005 – 2020 (Lampiran A) selaras dengan sasaran untuk memulihkan Sungai Juru dan meningkatkan kualiti air ke tahap kelas ke II.
3. Menjadikan kawasan rizab sungai sebagai kawasan sentitif alam sekitar dan “green corridor” dan diberi perlindungan dan pemeliharaan kepada pertumbuhan mangrove dan wetlands yang sedia ada di sepanjang Sungai Juru. Mengkaji dari segi perundangan samada kawasan rizab sungai boleh diwartakan sebagai kawasan larangan penempatan dan bebas dari sebarang penerokaan.
4. Pengawalan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah penempatan setinggan dan masalah pembuangan affluent dari kilang, pusat makanan, bengkel dan pelepasan air kumbahan dari perumahan dan perkampungan yang sedia ada.
5. Pemberian insentif - Untuk memberi galakkan kepada semua pengusaha kilang kecil dan sederhana, bengkel mematuhi piawaian penjagaan alam sekitar dalam pengurusan pembuangan sisa dan affluents , kerajaan negeri perlu merangka satu skim bantuan atau insentif kepada pengusaha kilang yang yang terlibat untuk berdaftar dengan kerajaan negeri dan seterusnya membantu “legalised” aktiviti perkilangan mereka seperti yang dilakukan oleh kerajaan Selangor.
6.Membuat penilaian dan pemeriksaan berjadual terhadap sistem dan kapasiti pembetungan /pusat logi kumbahan bagi skim-skim perumahan yang sedia ada yang diuruskan oleh IWK. Mengikut satu lapuran, 91% daripada pollutant organik di dalam sungai dalam negara ini adalah berpunca dari hasil dari pembuangan manusia dan penggunaan sistem pembentungan /kumbahan (sewerage treatment plant) yang kurang effisen.
7. Membentuk satu pasukan tindakan (task force) dengan mengambilkira input dan pandangan pakar akademik, badan-badan bukan kerajaan (NGOs) untuk meneliti, mengkaji isu pencemaran sungai dan merangka satu pelan tindakan.
8. Mengkaji penggunaan effective micro-organisms(EM) dan technology baru untuk memulihkan Sungai Juru.
9.Selain daripada langkah-langkah berbentuk “ damage control “ seperti pembinaan rumah pump dan projek tabatan banjir di beberapa lokasi di Sungai Rambai dan Sungai Juru, kerajaan perlu mengkaji dan merancang untuk wujudkan kawasan tadahan serta pembinaan “river diversion canal” di bahagian upstream kawasan Permatang Rawa dekat dengan Bandar Perda untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Rambai dengan lebih berkesan.
10. Mengkaji dengan mendalam saranan-saranan yang dikemukakan oleh Dr Edlic Sathiamurthy, seorang akademia yang telah banyak membuat penyelidikan terhadap Sungai Juru ( Rujuk Lamapiran 1) dan mengambilkira kajian kesan pencemaran oleh Al Shami S. & lain-lain (Rujuk Lampiran 2).
Penghargaan
1.Dr. Edlic Sathiamurthy (Hydrologist)
Universiti Malaysia Terengganu
RECOMMENDATIONS FOR IMPROVING SUNGAI JURU ( Lampiran 1)
2.Al-Shami S. & others, pelajar PhD USM
Kertas Kajian – Effects of pollution on the diversity and abundance of Benthic Macroinvertebrates in Juru river Basin ( Lampiran 2)
3. Dr Tan Chun Knee, PhD
GEIC Coordinator
UNU Global Environment Information Centre
United Nations University
Tokyo Japan www.geic.or.jp
For providing us CDs and reference books material on environmental management.







November 11th, 2009 at 11:46 pm
[...] continue to urge to relevant authorities to take heed of the issues and problems highlighted in the Memorandum submitted to the Penang State Government by Friends of Sungai Juru last year as well as recommendations for improving sungai juru by Dr Edlic Sathiamurthy. There is a need to [...]