Dec 14
A presentation has been made to the Public Objections Hearing Committee of the Penang Structure Plan 2005-2020 on 12th December 2006 at Mutiara Room 2, 29th Floor, KOMTAR, 10000 Penang.
Amongst the issues highlighted and comments and suggestions presented during the half an hour presentation to the panels of the committee were; the need for a riverside recreational park at JPS reserved land near Juru Dam, serious pollution faced by Sungai Juru and rehabilitation initiatives, guidelines and policies to preserve Sungai Juru and its mangrove swamps. More details, click here more comments and suggestions.

 

0 Comments
Posted on 14 Dec 2006 by admin

written by tan \\ tags:

Sep 20

Kualiti Air Sungai Kelang Ubi (Lokasi Jambatan di Kg. Alma)

Nilai pH pada sampel yang diperolehi pada paras 6.3 manakala suhu sampel adalah 28.5C. Ciri fizikal sampel menunjukkan nilai SS yang rendah sebanyak 56 mg/l lebih baik dari Kelas IV, Piawai Kualiti Air Kebangsaan manakala nilai NH3N pada paras 1.4 mg/l adalah rendah jika dibandingkan dengan Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan.

Kualiti Air Sungai Rambai (Lokasi Kg Sg Rambai)

Kualiti Air Sungai Rambai dari aspek parameter COD, BOD, SS, NH3N, dan DO. Daripada pengamatan, air Sungai Rambai kelihatan kotor.Sampah sarap terkumpul di dalam Sungai Rambai mencemarkan keadaan fizikal sungai berkenaan.

Nilai pH sampel yang diperolehi adalah 6.8 manakala suhu adalah 29C. Ciri fizikal Sungai Rambai menunjukkan nilai SS adalah rendah pada paras 14 mg/l dan DO adalah tinggi pada paras 4.8 mg/l. Kedua-dua parameter fizikal inilah adalah pada tahap yang lebih baik dari Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan. Nilai COD pada paras 14 mg/l adalah didapati tinggi jika dibandingkan dengan sungai-sungai lain. Namun begitu paras ini masih rendah jika dibandingkan dengan Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan. Ciri biologi dari aspek BOD dan NH3N juga dianalisa semasa kajian. Nilai BOD didapati rendah pada paras 2.0 mg/l manakala nilai NH3N pada paras 1.02 mg/l adalah lebih rendah daripada Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kualiti Air Sungai Rambai adalah lebih baik dari Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan.

Kualiti Air Sungai Juru (Lokasi Titi Panjang)

Kualiti air Sungai Juru adalah pada paras 6.7 manakala suhu sempel air adalah pada 29C. dari aspek cirri fizikal, nilai SS pada paras 32 mg/l adalah rendah dari Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan sebanyak 300 mg/l. Nilai DO pada paras 7.4 mg/l adalah lebih baik dari Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan sebanyak 2.7 mg/l. Ini menunjukkan Sungai Juru berkemampuan untuk menampung hidupan akuatik memandangkan nilai DO yang tinggi. Dari aspek cirri biologi pula, paras BOD adalah rendah pada 2.0 mg/l dan NH3N pada paras 2.7 mg/l memenuhi Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan. Manakala nilai COD sebanyak 7 mg/l masih di bawah Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan. Oleh itu, boleh dirumuskan kualiti air Sungai Juru ditempat persampelan adalah lebih baik dari Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan bagi semua parameter yang dianalisis.

Kualiti air marin di stesen 200 meter dari muala Sungai Juru

Nilai SS didapati pada paras 120 mg/l manakala dari aspek logam berat, Hg adalah 0.001 mg/l dan Pb adalah 0.03 mg/l. Berdasarkan analisis yang dilaksanakan adalah didapati nilai SS di Kuala Sungai Juru adalah tinggi manakala nilai bagi logam berat adalah rendah dan bersesuaian untuk diklasifikasikan sebagai jenis 2, Piawaian interim Kualiti Air Marin. Oleh itu boleh disimpulkan kawasan ini yang terletak di Kuala Sungai Juru tidak sesuai untuk rekreasi memandangkan nilai SS yang tinggi.

Rumusan

Rumusan daripada kajian ini bahawa kualiti air ketiga-tiga sungai dalam lembangan Sungai juru adalah diklasifikasikan sebagai dalam tahap SEDERHANA TERCEMAR. Indek Kualiti Air (WQI) adalah :-

Sungai Kelang Ubi – WQI 78.9
Sungai Rambai – WQI 67.5
Sungai Juru – WQI 64.7

Namun begitu, mengikut rekod pemantauan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2004, Sungai Juru terutamanya di kawasan hilir Sungai digolongkan sebagai sungai yang TERCEMAR. Punca-punca pencemaran lembangan Sungai Juru pada amnya terdiri dari punca tetap seperti pelepasan dari kawasan perindustrian dandari logi pengolahan kumbaan dan punca-punca tidak tetap seperti air larian dari gunatanah pertanian, kediaman, perdagangan dan perniagaan, industri dan sebagainya. Punca-punca ini berpotensi menjejaskan aktiviti ternakan kerang yang terdapat di muara Sungai Juru.

Kajian Rancangan tersebut menyarankan langkah-langkah berikut bagi mengawal kualiti air sungai di Daerah Seberang Perai Tengah ;

a) semua punca yang menghasilkan pencemaran perlu membina sistem rawatan bagi memenuhi had piawaian yang dicadangkan iaitu;-

Parameter PH -Had piawaian 5.5 – 9.0
Parameter BOD mg/l -Had piawaian 50
Parameter COD mg/l -Had piawaian 100
Parameter SS mg/l – Had piawaian 100

b) semua industri yang menghasilkan pencemaran air perlu menyediakan alat kawalan pencemaran bagi merawat pencemaran air supaya memenuhi had piawai yang ditetapkan.

c) semua kawasan perumahan perlu menyediakan sistem rangkaian logi rawatan kumbahan berpusat dan merawat kumbahan yang terhasil.

d) air basuhan dari semua aktiviti perniagaan yang menghasilkan pencemaran air seperti kompleks menjala makanan, restoran, kedai makanan dan sebagainya perlu dikumpul dan dirawat sebelum melepaskan air basuhan ke dalam parit.

written by tan \\ tags:

Feb 06

A letter of proposal has been submitted to Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang by Rukun Tetangga Taman Bukit Minyak on 2nd Feb 2007 to upgrade the existing vacant JPS Reserved Land along Jalan Persekutuan near to the Sungai Juru Dam area into a riverfront recreational park.

We hope the relevant authorities would seriously look into the proposal as there is a need for a bigger recreational area in the locality.

Versi Bahasa Malaysia
Satu Surat cadangan telahpun dikemukakan oleh Rukun Tetangga Taman Bukit Minyak kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang pada 2hb Feb 2007 untuk menaiktaraf kawasan lapang (Tanah Rizab JPS) di tebing Ampangan Sungai Juru berdekatan dengan Jalan Persekutuan ke Kawasan Rekreasi Sungai Juru. ….

Kita sangatlah berharap agar pihak berkuasa berkenaan akan memberi pertimbangan sewajarnya memandangkan penduduk Taman Bukit Minyak dan perumahan sekitarnya memerlukan satu Taman Bandar.

Meanwhile, it is noted that a contractor, I & R Land Sdn Bhd has been appointed By Pengarah JPS Pulau Pinang to carry out earthworks dan other related works for the construction of Kompleks JPS along Sungai Juru reserved land behind the veterinary site (refer to signboard photo). A site visit revealed that earth works have stated since January 2007.

Posted on 06 Feb 2007 by admin

written by tan \\ tags: